FILIPINA, Umat Islam Bangsa Moro dan Si Kanibal Marcos
Ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa Fili pina mempunyai jumlah penduduk Islam yang agak ramai, dan mereka sedang bergelut dengan pe nin dasan, penderaan dan polisi tidak ber peri ke manusiaan selama ber tahun-tahun. Namun umat Islam di Filipina telah dibunuh dengan kejam, dan mereka sedang menanti bantuan dari umat Islam di seluruh dunia bagi membolehkan mereka terus hidup.
Kira-kira 90 peratus daripada populasi Filipina adalah Katolik, walaupun situasi se be narnya begitu berbeza se kali di bahagian selatan pulau, yang mana popu lasinya adalah 70 peratus Katolik dan 30 peratus Islam. Umat Islam terdiri dari bangsa Moro di Min danao dan juga umat Islam yang tinggal di Sulu. Kira-kira 97 peratus dari pada penduduk Sulu ber agama Islam.
Punca konflik di Fili pina bermula pada tahun 1946, apabila negara ini mendapat kemerdekaan selepas Amerika meme rintah selama bertahun-tahun. Tidak seperti umat Islam di Mindanao dan Sulu, kebanyakkan masya rakat Kristian di Filipina tidak memberikan sebarang tentangan terhadap kolonialis Amerika dan menerima gabenor yang mentadbir kehidupan mereka. Amerika telah mendidik para pemimpin Filipina bagi membentuk sebuah pentadbiran yang pro-Amerika. Apabila Amerika berundur, ia telah meninggalkan kuasanya di bawah tangan Filipina, dan menerima Mindanao dan Sulu sebagai sebahagian daripada Filipina. Jadi, umat Islam di situ berada di bawah undang-undang Filipina.
Filipina telah mengenakan polisi-polisi yang mampu mengu kuhkan lagi kekuasaannya, dan secara khususnya telah mengambil tanah umat Islam Moro. Undang-undang baru telah membolehkan Filipina merampas 24 hektar tanah, tetapi ia telah dihadkan kepada 10 hektar bagi kes Moro. Kesannya, berlakulah perpindahan rakyat Filipina ke kawasan yang mempunyai umat Islam sebagai penduduk majoriti. Pada dekad di antara 1966 dan 1976, 3.5 juta pendatang rakyat Filipina tinggal di kawasan tanah umat Islam.
Pada 1 Mei 1968, Gabenor Cotabato, Datu Udtog Matalam telah menubuhkan "Pergerakan Kemerdekaan Muslim" (MIM), yang bertujuan untuk mencari kompromi dengan kuasa pusat di bawah pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos. Namun demikian, ia gagal mendapat sokongan, dan tidak lama kemudian hilang begitu sahaja. Kerajaan pusat tidak menimbangkan langsung perkembangan itu, sebaliknya melihat ia sebagai satu peluang untuk meningkatkan lagi polisi-polisi anti-Moro. Pada masa yang sama, Marcos mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Pasukan Bersenjata Filipina. Tidak lama selepas itu, beliau mengumumkan undang-undang tentera, dengan ber justifikasi bahawa ia bertujuan untuk menghapuskan pergerakan komunis dan penentang Islam di negara itu. Beliau kemudian menggantung Perlembagaan, dan akhirnya menjadi seorang diktator yang memerintah keseluruhan negara.
Sejak waktu itu, Marcos telah memulakan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam, yang telah memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan. Kira-kira 50,000 orang Islam telah dibunuh dengan kejam, kemungkinan termasuk 10,000 orang wanita dan kanak-kanak. Kumpulan penentang Islam bagi menjatuhkan Marcos telah dikelolakan oleh anak-anak muda yang mendapat latihan di Timur Tengah pada tahun 1960-an. Kemunculan secara tiba-tiba dan menyeluruh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di bawah pimpinan Nur Misuari telah menumbangkan rejim Marcos. Berlaku pertempuran berdarah di antara kerajaan dan ahli-ahli MNLF.
|
Marcos telah menubuhkan unit-unit pengganas yang dilatih khas bagi menamatkan sokongan terhadap puak penentang dalam negaranya, terutama sekali MNLF. Kumpulan-kumpulan ini, paling kejam dipanggil Ilaga, telah melakukan tindakan-tindakan yang sangat mengerikan. Majalah berbahasa Turki Nokta telah menceritakan tentang perihal mereka di dalam sebuah artikel yang bertajuk "Kanibal Marcos":
Encik Kassam telah dihentak. Beberapa cebisan-cebisan otak terkeluar dari tengkoraknya. Lelaki bersenjata yang lain berebut-rebut untuk mendapatkan cebisan-cebisan tersebut. Ahli-ahli kumpulan Ilaga berpendapat bahawa meminum darah dan memakan daging musuh mampu membuatkan mereka kebal. Satu kekebalan yang dahsyat!... Ahli kumpulan Ilaga, yang ditubuhkan pada tahun 1970-an sewaktu kebangkitan Islam, telah mendera beribu-ribu umat Islam sehingga mati. Mereka percaya bahawa mereka mendapat kuasa yang sangat luar biasa dengan meminum darah dan memakan daging manusia yang telah mereka bunuh... Mereka akan menyerang kampung-kampung dan membunuh penduduk dengan kejam. Serangan-serangan itu kemudiannya berubah menjadi rampasan dan rompakan. Sebuah botol yang dipenuhi dengan telinga manusia telah ditemui di sebuah perkampungan Mindanao baru-baru ini, para pemiliknya masih belum lagi dikenal pasti.63
Perkampungan-perkampungan Islam telah dibakar sewaktu serangan tersebut, dan harta benda milik bangsa Moro dirompak. Namun hanya sedikit yang berubah apabila Marcos ditumbangkan dalam satu pemberontakan pada tahun 1986. Penggantinya, Corazon Aquino bercadang untuk menceroboh dan menghapuskan umat Islam dengan cara yang lain. Sewaktu pemerintahan Aquino, operasi ketenteraan dan pemberontakan telah diperkuatkan dan kerajaan secara terbuka mengisytiharkan peperangan menentang pergerakan-pergerakan Islam. "Polisi perang total" telah dilakukan oleh Presiden Aquino, yang mengakibatkan penyingkiran lebih sejuta rakyat Filipina. Bangunan-bangunan sekolah dan gereja digunakan sebagai tempat berlindung keluarga-keluarga yang melarikan diri.64
Penentangan ke atas umat Islam diteruskan selepas Aquino. Perhubungan kemudian menjadi baik buat beberapa ketika, sebelum ia menjadi tegang semula apabila masjid-masjid dibom pada tahun 1994. Di sebaliknya, hakikat bahawa sebuah pertubuhan radikal dan prokeganasan yang menindas asas-asas Islam pada masa yang sama telah memburukkan lagi keadaan. Penyelesaian terhadap masalah di Filipina hanya dapat ditemui sekiranya Manila meninggalkan polisi-polisi lapuknya yang bersifat menindas. Manila juga mesti mengiktiraf hak-hak umat Islam di bahagian selatan, dan jika pergerakan-pergerakan teroris yang muncul dengan mendakwa mereka mewakili umat Islam tetapi sebenarnya hanya membawa kerosakan, dapat dihentikan dari terus berleluasa.
Bersambung............
Harun Yahya
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar