"Calon Pergerakan Pemuda UMNO untuk pilihan raya umum akan
datang perlu terdiri dalam kalangan mereka yang diterima rakyat serta mempunyai
kemahiran, bukan individu yang hanya tahu mengampu. calon berpotensi yang sedang dikenal pasti juga tidak
semestinya memegang jawatan tinggi atau perlu mengikut hierarki tetapi yang
mampu 'mencuit' hati rakyat. Pemuda kini sedang mengenal pasti calon yang kita boleh
ketengahkan dan orang itu bukan hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin
sahaja" - Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
KJ dalam amanatnya berkata, bakal calon pemuda mesti yang diterima dikalangan rakyat dan bukannya yang pandai mengampu beliau sahaja. Sejak rombakan kabinet ditangguhkan oleh Najib, 'Si Kitol' mula merapu-rapu tidak tentu arah.
Siapakah calon pemuda yang benar-benar mempunyai karisma seperti yang beliau maksudkan itu. Apakah 'Si Kitol' termasuk diantara calon pemuda yang mempunyai pengaruh tersendiri untuk menang tanpa menumpang tuah si mentua?.
Siapalah dikalangan pemuda Umno yang sebegitu bodoh untuk mengampu 'Si Kitol' sekarang ini. Sedangkan beliau sendiri terkial-kial sendirian setelah bapa mentua bersara. Apakah sekarang ini beliau masih merasakan yang beliau masih lagi hebat?.
Jika pemuda Umno ada angan-angan untuk jadi calon, bukan beliau tempat orang nak mengampu kerana zaman kegemilangan dan keegoan beliau sudah tamat. Dulu bolehlah berlagak dengan menggunakan pihak polis sebagai pengiring semata-mata menunjukkan betapa berkuasanya beliau walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Yang ada hanya sebagai naib pemuda Umno sahaja, itu pun dapat secara percuma kerana Hishamuddin nak mengampu Pak Lah. Ayat yang cukup terkenal dari mulut Hishamuddin ialah "Pak lah jangan masuk campur kerana kami hendak calonkan 'Si Kitol sebagai Naib Pemuda Umno".
Mungkin 'Si Kitol' masih lagi berada dalam mimpi yang mengasyikkan yang kononnya Pak lah masih lagi berkuasa. Bagi penyokong Umno, mereka tidak boleh memaafkan 'Si Kitol' diatas kekalahan yang memalukan pada PRU12.
Diri beliau sendiri pun belum tentu lagi boleh bertanding semulakerana sudah ada suara-suara yang ingin menyingkir beliau daripada jawatan ketua pemuda Umno. Bagi pemuda Umno, hanya Rosmah sahaja tempat terbaik jika ingin menjadi calon pilihan raya tetapi syaratnya........ kipas....... kipas....... kipas jangan tak kipas, lenggoh tanga pun tak apa.............. janji kipas.
Posting Komentar