Bila dalam keadaan
kita berduka hanya isterilah dan anak-anaklah bersama kita. Oleh itu utamakanlah
mereka.
DS Dr. Mohd Khair Toyo telah dilucutkan semua
jawatan dalam parti oleh UMNO Malaysia mengikut satu lapuran sebuah laman blog
http://maemahi.blogspot.com. Perlucutan itu melalui surat Setiausaha Agung
UMNO DS Tengku Adnan bin Tengku Mansor pada 8 Desember 2010, dua hari selepas
kesnya disebut dimahkamah.
Surat tersebut dikatakan 'menggantung tugas' DS Dr.
Mohd Khair sebagai ketua UMNO Bahagian dan diambil alih oleh timbalannya Datuk
Ramli Norani, 63.
Mengikut lapuran mae lagi DS Tengku Adnan
mengatakan bahawa walau pun sesiapa didakwa diMahkamah sebelum ini digantung jawatan dalam parti
jika didapati tidak bersalah, jawatan itu tidak akan dikembalikan semula. Ini
bermakna jawatan itu lucut terus.
Walaupun demikian, politik DS Dr.Khair Toyo
tidaklah berakhir kerana dia masih seorang ADUN. Seseorang yang berjiwa teguh
perjuangannya tidak pernah 'mati' kecuali yang dapat memisahkanya adalah ruh
dengan jasad. Saya percaya DS Dr,Khair begitu. Titik.
Terus baca blog mae
KLIK SINI
Posting Komentar