Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.



Inilah jadinya bila ada orang yang tidak boleh menerima arahan, yakni menjadi orang bawahan. Disebabkan ingin menjadi ketua, Zaid dikatakan telah merampas kuasa daripada Hanafi Mamat sebagai presiden A.K.I.M. dan beliau juga telah mengubah nama parti tersebut sebagai K.I.T.A.




Mungkin sekarang ini beliau menjadi bahan ketawa daripada pemimpin Umno dan PKR diatas sikap beliau yang terlalu kemaruk untuk menjadi orang nombor satu. Yang pasti Hanafi akan digulingkan oleh orang-orangnya sendiri kerana poket Zaid terlalu tebal untuk dibandingkan dengan poket Hanafi.


 


Hanafi Mamat tetap menganggap dirinya sebagai presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia
(AKIM) yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka presiden AKIM.



Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan
Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi presiden parti AKIM berikutan
kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan
parti berkenaan.



Sehubungan itu, Hanafi (kanan) berkata beliau tidak
mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru
bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang
diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini.


AKIM
merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan
lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk
menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama di
sini.


Hanafi mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas
pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui
parti KITA yang ditukarkan namanya daripada AKIM dalam satu sidang akhbar
selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur.



NONEZaid (kiri), yang juga bekas ahli Parlimen Kota Bharu, juga
dilaporkan sebagai berkata parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai
pakatan

pembangkang.


Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama
parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti
yang memperjuangkan Islam.



“Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan
yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka yang cuba
menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak
lain untuk kepentingan peribadi mereka,” katanya.



Beliau berkata,
pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota AKIM
yang terlibat dengan penubuhan parti KITA, bagi menggantikan nama asal AKIM
serta berniat untuk menggulingkannya. (MBRM)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top