Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.





View Image


Kronisme semakin berleluasa dalam kerajaan dengan kekayaan yang mengejutkan dikalangan orang-orang yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno. Jika sebelum ini kita membawa bagaimana Setiausaha Kanan kepada Najib mengumpul kekayaan sebanyak RM 12 juta dan  (Hasbi Satar) bekas setiausaha kepada bekas Menteri Kewangan 2,Nor Mohamed Yakop memiliki wang tunai RM 2juta dan 48 peti besi dirumahnya. 


 View Image


Dalam keadaan rakyat yang terpaksa mengikat perut dengan berbagai kenaikan minyak dan barangan pengguna, para kroni-kroni mereka menjadi 'Jutawan segera'. Rupa-rupanya inilah 'Ketuanan Melayu' yang Umno dok laung-laungkan. Apa yang orang Melayu dapat?............ Kain pelikat selai.......... duit RM 50......... itu pun 5 tahun sekali......... baca dibawah ini......









Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan
kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian
Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.







Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan
Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.







Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin
Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan
pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.













“Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada
dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat
itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya. ‘Suruhanjaya Syarikat
Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang.







“Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan
dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan
Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak
menyokong mereka.







“Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak
mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan
banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang
harus diajak untuk bersama,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.







Datuk Seri Anwar menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan
bahawa tender-tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno itu
berkenaan dengan sewenang-sewenang-wenangnya.







“Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering
Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800
juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus
dari Mindeft.







“Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn
Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur
Semenanjung. Nilai RM 600 Juta.




“GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan
Punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks Tuan Punya, Syed
Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain,” katanya.







Datuk Seri anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni
Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan
sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.







“Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion".







“Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian
Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera?
Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah
kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan,”
terangnya.







Sebelum ini pada Mac tahun lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu
kenyataan akhbar mendedahkan penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai
proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara.







Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing
lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa
yang sama, beliau juga merupakan ahli Umno (No ahli: 00924477) dari Bahagian
Bukit Gantang, Perak.







Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga
pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya
menguasai hampir 90 peratus projek-projek pembekalan bagi Kementerian Pertahanan
yang mencecah ratusan juta ringgit.


(anwaribrahimblog)
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top