Kebetulan sehari dua ni ada kat kampung di Dungun, biasalah 5 tahun sekali balik pasal kos sara hidup semakin tinggi, harga minyak mahal, tol mahal, gula mahal. 5 tahun buat simpanan untuk pulang ke Dungun daripada Ipoh.
Aku bukan Najib One Malaysia, ada kapal terbang ada helikopter, arah aje kemana sahaja nak pergi pasti sampai. Pagi tadi jumpa beratus-ratus Mat Rempit sedang konvoi, terkejut juga apabila melihat begitu ramai mat rempit kat jalan. Malahan terpaksa pula kita kena bagi laluan kat mereka.
Kat belakang ada dua motor dan satu kereta peronda polis diikuti pula oleh sebuah kereta peronda JPJ. Kereta orang sakit ada sebuah kut-kut ada mat tertiarap kat jalan, senang sikit nak angkut jika ada kemalangan.
Maka tertanyalah akan hati kecil ini siapakah gerangan mereka semua itu memandangkan ada pajero yang mengibar bendera dacing senget. Rupa-rupanya Najib One Malaysia datang nak bagi motivasi kat mat-mat rempit. Tanya punya tanya apa yang mereka dapat!!!!!!!. Topi kelendar baru sebiji, duit RM 60, minyak motor kasi penuh, dan yang paling istimewa ialah mat rempit boleh rempit macam Superman.
Dalam hati yang jahil ni pasti ada prasangka yang buruk-buruk............. ialah orang jahil katakan.......... bukan macam Harussani dan puak-puak 'Ahlu Syurga al-Ayah Pin'........... mana mereka dapat duit banyak-banyak tu pasal kita dah sedia maklum yang Umno ni memang 'kedekut tahi hidung masim'. Jangan kata nak bagi...... yang ada dalam poket kita pun mereka nak sapu.
Mungkin Rosmah yang derma kut....... ialah baru dapat RM 111 juta dari laki dia pada Bajet Bn baru-baru ini. Tengok jalan kat Dungun........... mak datuk......... bila nak siap-siap ni.......... bila tanya orang Dungun, mereka kata kerajaan negeri tak ada duit........... Mat Said tidur ke........... atau tengah kira duit habuan......... nak kata kena saman RM 1 bilion........ itu kes baru. Inilah nasib 'Negeri Kaya Rakyat Miskin'.......... Bilalah karat-karat Umno nak sedar........... hari-hari kena tipu dek Umno.
KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu setiap
aktiviti dan program berkaitan belia dilaksanakan berdasarkan aspirasi
kehendak golongan berkenaan.
Beliau berkata, tanpa mengambil kira perkara itu, golongan belia akan dilihat semakin sukar untuk didekati.
"Jangan fikir apa yang kita suka golongan berkenaan akan suka dan
jangan fikir apa yang kita tak suka, golongan berkenaan juga tidak
suka," katanya ketika berucap pada himpunan remaja sempena pelancaran
Kelab Motor Terengganu 2010 di Stadum Tertutup Kompleks Sukan
Terengganu, Gong Badak di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Perhimpunan berkenaan berjaya mengumpul lebih 32,000 remaja dan
16,000 remaja bermotosikal di Terengganu yang bertujuan mendidik
golongan itu agar lebih berhemah dan tidak terbabit dengan aktiviti
lumba haram.
Najib berkata, golongan belia kini telah melalui proses perubahan
yang besar dan pendekatan yang digunakan tidak boleh lagi dilaksanakan
seperti tahun 60-an dan 70-an.
Perdana Menteri juga meminta semua pihak tidak berterusan melabelkan golongan merempit sebagai samseng jalan raya.
"Jangan kata mereka samseng jalan raya... mereka boleh jadi bengang
atau bosan di rumah, jadi timbulah budaya ini yang sebenarnya kita
perlu juruskan kepada perlakuan yang baik agar mereka dapat mematuhi
undang-undang, tidak menunggang secara berbahaya dan sebagainya,"
katanya.
Perdana Menteri berkata, golongan berkenaan perlu diberi peluang
dan kemudahan tertentu, misalnya sirkit perlumbaan, bagi membolehkan
mereka berlumba dengan cara yang betul.
Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional sedang melaksanakan empat
transformasi membabitkan kerajaan, ekonomi, politik dan sosial.
"Dalam transformasi sosial yang kita perjuangkan itu termasuklah
program seperti hari ini yang kita mahu membentuk belia untuk pimpinan
masa depan," katanya.
Najib berkata, golongan belia cerminan masa depan dan mereka perlu
dibimbing dengan pendekatan sewajarnya untuk menjadi pelapis kepada
kepimpinan masa depan. - BERNAMA
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar