Rasulullah telah menyeru kepada kita agar berhenti dan diam apabila ada jenazah/mayat melalui dihadapan kita tanpa mengira apa pegangan agama mereka............ tetapi kenapa ya!!!!. Wahai para pakar-pakar agama yang bertaraf 'Ularmamat'......... tolong bagi tahu kat aku sikit!!!!. Pasal aku bukan taraf kamu nak hukum siapa masuk Syurga dan siapa masuk Neraka.
Kalaulah kamu dah hukum Nik Aziz Masuk Neraka, bagaimana pula kamu hukum Che Det, Najib, Rosmah dan seluruh pemimpin Umno!!!!. Adakah mereka semuanya ahli-ahli Syurga sebagaimana Rasulullah menamakan 10 Sahabat yang di janjikan Syurga.
Aku ni sememangnya jahil bab-bab agama ni, tak macam kamu yang bertaraf 'Ayah Pin'. Aku tak berani nak hukum siapa masuk Syurga atau Neraka kerana pasal aku jahil pasal agama. Jangankan orang itu hidup lagi, kalau dah mati pun aku tak berani nak hukum pasal aku tahu Allah s.w.t. adalah Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat.
Aku tak tahulah pulak dengan puak-puak kamu yang bertaraf 'Ayah Pin', mungkin puak-puak kamulah yang akan memberi syafa'at di alam akhirat kepada pengikut kamu dihadapan Allah s.w.t. Tuhan yang memiliki seluruh alam ini.
Bagi aku yang jahil ni satu sahaja yang aku boleh kata, iaitu "Engkau Dengan Agama Puak-Puak Engkau Dan Aku Dengan Agama Aku".
Posting Komentar