ERITREA - ETHIOPIA
Umat Islam Mahukan Kedamaian dan Keselamatan
Peperangan dan kekacauan telah lama berterusan di benua Afrika selama bertahun-tahun. Keganasan yang ber laku amat sukar untuk dihapuskan. Selepas kuasa-kuasa kolonial seperti Britain, Perancis dan Belandas keluar pada tahun 1950-an dan 60-an, kebanyakan negara-negara Afrika jatuh ke dalam tangan diktator-diktator komunis atau pun fasis. Hampir kesemua rejim-rejim pasca-kolonial ini mengikut polisi pencerobahan sistematik ke atas umat Islam, dan mereka masih terus melakukannya. Salah satu dari pada negara-negara tersebut yang mana peperangan dan kekacauannya tidak pernah reda gara-gara polisi tersebut adalah Eritrea, yang telah berada di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah selama dua abad yang bermula pada pertengahan abad ke-16.
Eritrea: Lokasi Strategik Afrika
Eritrea terletak di utara Ethiopia, di sepanjang selat di mana benua Afrika menjadi semakin rapat dengan benua Asia. Ia telah menjadi sebuah lokasi penting selama beribu-ribu tahun, sama ada dari segi komersial atau ketenteraan. Seperti mana kebanyakan negara-negara lain yang terdapat di Afrika, negara ini juga muncul akibat proses pembahagian yang dilakukan oleh kuasa kolonial Eropah, yang mana ia dilakukan tanpa memikirkan kehendak dan hasrat penduduk tempatan.
Sesiapa sahaja yang mengua sai Eritrea akan mengawal pintu masuk selatan ke Laut Merah, dan dengan demikian segala trafik di antara Mediter ranean dan Lautan Hindi. Di samping itu, Eritrea me wakili pelabuhan untuk Ethiopia.
Setelah menilai ke pen tingan strategik Eritrea, British telah me nye wa kan nya kepada Amerika se bagai pengkalan komunikasi se waktu Perang Dunia II, dan Amerika seterusnya telah menggunakannya selama 25 tahun yang berikutnya, de ngan berdasarkan kepada perjanjian pertahanan di antara Amerika dan Ethio pia. Ia adalah di antara pengkalan paling utama di dunia dan telah memainkan peranan penting dalam me nyampaikan informasi ke pada Washington sewaktu Perang Korea. Di samping kepentingan strategiknya, Eritrea menjadi semakin bernilai kepada kuasa-kuasa yang berminat terhadap kawasan tersebut disebabkan kekayaan simpanan emas dan mineralnya. Malah dijangka juga terdapat simpanan minyak dan gas di kawasan tersebut.
Sebelum Perang Dunia II, populasi di Eritrea adalah kira-kira 1 juta orang. Berdasarkan kepada sumber Barat, sekarang ia menjadi 2.5 juta orang, walaupun menurut pertubuhan penentang aktif di kawasan tersebut, 3.5 juta orang adalah angka yang lebih tepat. Majoriti populasi terdiri dari umat Islam.
Perjuangan Umat Islam Eritrea
|
Selepas berakhirnya pemerintahan Turki Uthmaniyyah, Eritrea telah dijajah oleh Itali, dan melalui keputusan PBB pada tahun 1952 ia telah menjadi sebuah negeri persekutuan yang dihubungkan dengan Ethiopia. Walau bagaimanapun, rakyat enggan menerimanya. Akhirnya tercetuslah kebangkitan rakyat yang meluas. Pada 14 November 1962, Maharaja Haile Selassie telah mengumumkan bahawa beliau telah mengasimilasikan Eritrea, dengan menggunakan kekacauan dalaman di Ethiopia sebagai alasan. Semasa zaman Selassie, bermulalah polisi penindasan dan penderaan ke atas umat Islam. Ramai di antara mereka yang menentang pemerintahan rejim Ethiopia telah dibunuh.
Kesan daripada kempen kekejaman dan keganasan Ethiopia, beratus-ratus ribu rakyat Eritrea telah dipaksa keluar daripada tanah mereka di antara tahun 1967 dan awal 1970-an. Wanita, kanak-kanak dan orang tua, yang membentuk salah satu daripada kumpulan pelarian paling besar sepanjang sejarah, telah ditinggalkan begitu sahaja dan dibiarkan mati. Kesannya, kira-kira 200,000 orang mati akibat kebuluran. Ini berlaku gara-gara polisi pertanian yang salah.
Akhirnya, rejim Haile Selassie telah ditumbangkan melalui satu rampasan kuasa pada 1947. Pentadbiran kemudiannya diambil-alih oleh junta yang memiliki pandangan-pandangan Marxis. Tiada perubahan yang berlaku ke atas umat Islam. Sistem diktator bercorak Marxis ditubuhkan untuk menggantikan sistem fasis. Umat Islam terus menderita akibat penindasan, penderaan, penahanan dan kepayahan hidup.
Pemimpin selepas Haile Selassie, iaitu Haile Mariam yang memimpin rejim Mengistu Marxis, telah menjalankan polisi-polisi yang penuh dengan keganasan sewaktu zaman pemerintahannya. Beliau tidak mengehadkan jumlah mereka yang dibunuh kerana memiliki pandangan yang berbeza, sebaliknya telah menghapuskan sebahagian populasi secara besar-besaran sewaktu ke kuasa annya selama 17 tahun. Gerakan anti-Islam di negara tersebut telah disokong oleh Mengistu, yang telah menyebarkan ke takutan di seluruh negara. Sewaktu pemerintahan Mengistu, 10,000 buah masjid telah hancur dimusnahkan, dan setengah juta umat Islam terpaksa mencari perlindungan di negara jiran Sudan. Sebilangan kecil telah mencari perlindungan di Somalia. Pada bulan Mei 1991, perubahan kuasa sekali lagi berlaku di Ethiopia, walaupun Mengistu telah meninggalkan sebuah kedahsyatan di waktu kebangkitannya:
Masjid-masjid menjadi sasaran utama rejim Marxis Mengistu. 80 peratus daripada masyarakat Ethiopia memerlukan bantuan kemanusiaan, berpuluh ribu kanak-kanak menjadi cacat, dan beratus ribu rakyat terpaksa menjadi pelarian. |
- 60,000 kanak-kanak menjadi lumpuh dan 45,000 menjadi anak yatim.
- Kira-kira 750,000 orang menjadi pelarian, yang mana seramai 500,000 orang masih hidup dalam kelaparan di Sudan.
- Kira-kira 80 peratus daripada populasi hidup tanpa zat makanan yang cukup atau hampir kebuluran, mereka memerlukan bantuan makanan.
- Hanya 1 doktor bagi setiap 48,000 penduduk, dan jangka hayat purata rakyat adalah 46 tahun.
Sokongan Israel Terhadap Rejim Anti-Islam
Salah satu sebab berlakunya konflik yang tidak berkesudahan, kacau-bilau dan peperangan di Eritrea, yang merupakan salah satu kawasan termiskin di dunia walaupun ia memiliki kepentingan sosioekonomi dan geostrategik, adalah kerana wujudnya beberapa buah negara yang mendominasi polisi-polisi di kawasan tersebut, yang dilakukan untuk kepentingan diri mereka sendiri, dengan mengabaikan kemahuan dan kehendak rakyat yang tinggal di kawasan tersebut. Israel adalah negara yang memainkan peranan utama.
|
Rejim-rejim Ethiopia dan Eritrea terdahulu memiliki satu perkara yang serupa seperti Israel: sifat anti-Islamik. Seperti yang telah kita lihat di awal buku ini, Israel melihat Islam sebagai ancaman paling bahaya terhadap dominasinya di Timur Tengah, maka Israel mengenakan kekejaman, kezaliman dan penindasan. Inilah sebabnya mengapa Israel sering hadir di kawasan-kawasan yang mana umat Islam sedang ditindas dan mengalami kepupusan, dari Bosnia hingga ke Filipina, dari Turkestan Timur ke Eritrea. Di dalam buku yang ditulis oleh Profesor Benjamin Beit-Hallahmi dari Universiti Haifa Israel, iaitu The Israeli Connection: Who Arms Israel and Why?, beliau telah menyifatkan segala aktiviti yang dilakukan oleh negaranya di seluruh dunia sebagai "Perang Dunia Israel." Seperti yang diutarakan oleh seorang kolumnis terkenal akhbar Israel, Nahum Barnea, "Israel akan menjadi pelopor Barat dalam peperangan untuk menentang Islam."38
Israel masih memiliki dua pengkalan yang sangat strategik di Eritrea. Satu terdapat di Pulau Dahlak, dan satu lagi terletak di kawasan pergunungan Mahel Agar berhampiran sempadan Sudan. Hubungan rapat Israel dengan Ethiopia bermula pada tahun 1950-an. Perikatan Israel-Ethiopia bermula pada tahun 1952 bermula dengan hubungan perdagangan, dan seterusnya membawa kepada dialog kelas atasan apabila wakil Israel bermesyuarat dengan Maharaja Haile Selassie dan pegawai-pegawai atasannya pada tahun 1956. Israel mula memberikan bantuan militari, kepintaran dan latihan kepada rejim Selassie dan pasukan askarnya. Ia bertujuan untuk meredakan pergerakan-pergerakan radikal dan umat Islam yang bangkit dan menyerang orang-orang Kristian Ethiopia. Profesor Hallahmi telah menggambarkan asas-asas ideologi perikatan Ethiopia-Israel seperti berikut:
Asas ideologi perikatan ini adalah persepsi Israel "sebagai manusia berani yang dikelilingi oleh kuasa-kuasa Islam yang memusuhi mereka kerana cuba merampas tanah air bersejarah milik Israel, sebuah situasi serupa terhadap orang-orang Kristian Ethiopia yang menganggap ia adalah satu analogi kepada sejarah mereka yang mana mereka kini berada di tengah-tengah ancaman umat Islam."39
Berdasarkan kepada buku tulisan Hallahmi, sebuah kumpulan penentang-pemberontakan yang dianggotai seramai 3,100 orang, dikenali sebagai "Polis Kecemasan," telah ditubuhkan oleh Selassie untuk mematahkan arus kebangkitan di Eritrea. Kumpulan ini mendapat latihan khas daripada pakar-pakar Israel. Berikutan dengan lawatan militari ke Ethiopia yang dipimpin oleh Jeneral Bar-Lev pada tahun 1971, Halep dan Fatima yang memiliki kepentingan strategik di pulau Ethiopia, telah dibuka untuk kegunaan Tentera Laut Israel.
Umat Islam Eritrea sedar akan kewujudan perikatan yang sedang mereka hadapi itu. Abu Halid, pemimpin pergerakan umat Islam Eritrea, telah membincangkan tentangnya dalam sebuah temuramah pada tahun 1970 yang dilindungi oleh wartawan Turki:
Ethiopia dan Israel telah menyatukan matlamat mereka. Para pegawai Israel telah melatih askar-askar Ethiopia yang mengelar leher-leher umat Islam... Perang pada 5 Jun 1967 tercetus akibat alasan penutupan Teluk Aqaba oleh Mesir. Israel mahu melihat Pelabuhan Eilat dan teluk tersebut terus dibuka, kerana ia menjadi pintu perdagangan di antara Israel dan dunia Timur. Jika kita di Eritrea berjaya mendapatkan kemerdekaan, kita dapat menutup jalan air Israel yang menjalinkan kerjasama dengan Yaman Selatan di bahagian selatan Laut Merah. Inilah sebabnya mengapa Israel membantu Ethiopia. Enam juta Yahudi di Amerika Syarikat menyokong tesis tersebut. Terdapat 400 orang pegawai Israel di dalam pasukan askar Ethiopia. Tiga musuh utama kita ialah Ethiopia, Israel dan juga Amerika Syarikat.40
Para pegawai Israel yang melatih komando-komando Ethiopia dan kumpulan-kumpulan antipengganas turut memainkan peranan penting dalam menjaga kekuasaan Haile Selassie. Menurut Jeneral Matityahu Peled, yang merupakan bekas pegawai kanan di dalam pasukan askar Israel, Selassie telah diselamatkan sebanyak tiga kali dalam cubaan rampasan kuasa. Itu semua adalah bantuan dari ejen-ejen Israel terutamanya yang mempunyai pengaruh kuat dalam pasukan polis rahsia Addis Ababa.
Ejen-ejen Israel hanya melakukan sedikit campur tangan dalam menentang rampasan kuasa Marxis untuk menyingkirkan Selassie pada tahun 1974. Ini adalah kerana rejim baru itu akan selari sepenuhnya mengikut taraf dan kehendak Israel, dan akan terus menjadi anti-Islam dan seterusnya melancarkan peperangan ke atas umat Islam Eritrea. Seperti yang dijelaskan oleh Profesor Hallahmi, "Ikatan yang berterusan dengan Israel dijelaskan melalui pendiriaan serupa kedua-dua buah negara tersebut dalam menentang kumpulan-kumpulan Islam di kawasan tersebut."41
Usaha-usaha oleh kumpulan pakar Israel di Ethiopia diteruskan dengan lebih cepat di bawah rejim Mengistu Marxis. Mereka terus melatih kumpulan-kumpulan anti-pemberontakan Ethiopia dan menyediakan bekalan senjata kepada puak rejim terbabit. Perikatan ini, yang diasaskan kerana permusuhan terhadap Islam, semakin mendapat kekuatan pada tahun 1990 apabila Israel menghantar bom-bom fragmentasi kepada rejim itu untuk digunakan ketika menentang "militan pemisah."
Bersambung.........
Harun Yahya
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Posting Komentar