Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


TURKESTAN TIMUR





Kebuasan yang Disorokkan oleh kerajaan Komunis China





Apabila kita memperkatakan tentang ideologi-ideologi yang menyebarkan kesengsaraan di serata dunia, maka komunisme mendapat tempat paling atas. Dengan berdasarkan kepada idea-idea dua orang ahli falsafah Jerman, Karl Marx dan Friedrich Engels, sistem kepercayaan ini telah pun dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin yang kejam seperti Lenin, Stalin, dan Mao, dan seterusnya membawa kepada penyembelihan dan pembunuhan yang amat kejam sepanjang sejarah peradaban dunia.





Walaupun kita bersetuju bahawa rejim komunis telah tumbang dengan pecahnya Kesatuan Soviet, namun ideologi dan amalan komunisme sebenarnya masih terus wujud, sama ada secara terbuka mahupun sulit. Umat Islam Turki di Turkestan Timur masih terus berada di bawah penindasan Maoist Red China. Pencabulan hak asasi manusia di Turkestan Timur tidak boleh diabaikan sama sekali. 





Kekejaman China di Turkestan Timur





Umat Islam Turki di Turkestan Timur yang dikenali sebagai Uighurs, telah hidup di bawah dominasi kerajaan China selama lebih kurang 250 tahun. China telah memberikan nama kepada wilayah Islam tersebut sebagai "Xinjiang" ataupun "tanah yang ditawan," dan menganggapnya sebagai tanah milik mereka sendiri. Berikutan dengan pengambilalihan China oleh komunis pada tahun 1949 oleh Mao, penindasan yang berlaku di Turkestan Timur semakin menjadi-jadi. Rejim ko mu nis mula melakukan penghapusan umat Islam yang enggan untuk diasi mi lasikan.





Bilangan umat Is lam yang dibunuh amat mengejutkan. Di antara tahun 1949 dan 1952, 2.8 juta umat Islam mati, sama ada dibunuh oleh tentera China ataupun mati akibat kebuluran. Di antara tahun 1952 dan 1957, lebih 3.5 juta nyawa terkorban, kemudian 6.7 juta di antara 1958 dan 1960, dan kemudian di antara tahun 1961 dan 1965 pula, seramai 13.3 juta manusia mati.





Kaum Uighurs yang berjaya hidup pula berada di dalam penindasan dan penderaan. Pemerintah Turkestan Timur terkini iaitu Isa Yusuf Alptekin, yang banyak menghabiskan umurnya dalam buangan, telah menggambarkan situasi tersebut di dalam bukunya Dogu Turkistan Davasi (Hubungan Turkestan Timur) dan juga Unutulan Vatan Dogu Turkestan (Turkestan Timur: Tanah yang Dilupakan). Berdasarkan kepada buku-buku tersebut, penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Turkestan Timur tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Bosnia, ataupun majoriti kaum Albania oleh Serbia. "Hukuman" yang dikenakan oleh mahkamah China terhadap negara tersebut adalah terlampau kejam dan sangat tidak berperikemanusiaan. Ini termasuklah membakar manusia hidup-hidup, memukul manusia sehingga hampir mati dan kemudian membogelkan mereka dan membiarkan mati di dalam kesejukan salji. Malah ada juga yang diikat dengan lembu jantan pada kedua-dua belah kaki mereka untuk memisahkannya daripada badan. 





Amalan Asimilasi yang Bertujuan Menghapuskan Budaya Secara Besar-besaran





Semenjak tahun 1949 lagi, rejim komunis telah mula merancang program penghapusan populasi umat Islam, dan telah memindahkan pendatang China ke kawasan tersebut dengan begitu sistematik sekali. Kesan daripada kempen ini yang dimulakan oleh kerajaan China pada 1953, begitu berkesan sekali. Pada tahun 1953, 75 peratus daripada keseluruhan populasi adalah umat Islam, dan hanya 6 peratus dikuasai oleh orang-orang China. Pada tahun 1982, nisbahnya telah berubah dengan menyaksikan penurunan populasi umat Islam kepada 53 peratus, manakala populasi China meningkat kepada 40 peratus. Berdasarkan bancian yang dilakukan pada 1990, populasi yang dilaporkan adalah 40 peratus umat Islam dan 53 peratus rakyat China, dengan itu telah mendedahkan dengan jelas proses pembersihan etnik yang sedang berlaku di wilayah tersebut.





Baru-baru ini, bangsa Uighurs telah ditempatkan di kawasan perkampungan, manakala orang-orang China dipindahkan ke bandar. Oleh itu, wujud beberapa buah bandar yang memiliki kira-kira 80 peratus orang-orang China. Ia bertujuan untuk menjadikan bandar yang majoritinya adalah rakyat China. Polisi kerajaan China yang menggalakkan perkahwinan campur di antara penduduk tempatan dengan orang-orang China juga menjadi sebahagian daripada polisi asimilasi tersebut.




UJIAN-UJIAN NUKLEAR KE ATAS UMAT ISLAM

Semenjak tahun 1964, China telah menjalankan 44 kali ujian nuklear ke atas Turkestan Timur yang telah mengakibatkan kematian seramai 210,000 orang dan menjadikan beribu yang lain mengalami penyakit-penyakit seperti kanser. Di samping itu, ribuan kanak-kanak telah dilahirkan cacat.






Kerajaan China turut menggunakan umat Islam Turkestan Timur sebagai bahan uji kaji program nuklearnya. Ujian tersebut bermula pada 16 Oktober 1964, dan kesannya, penduduk di kawasan tersebut telah mendapat penyakit-penyakit yang membawa maut, dan kira-kira 20,000 kanak-kanak cacat telah dilahirkan. Jumlah umat Islam yang terkorban di dalam ujian tersebut dianggarkan seramai 210,000 orang. Beribu yang lain telah mendapat kanser atau dibiarkan lumpuh.





Dari tahun 1964 sehingga kini, China telah meletupkan kira-kira 50 buah bom-bom atom dan hidrogen di Turkestan Timur. Ahli-ahli pakar dari Sweden telah mengukur gegaran yang berlaku disebabkan letupan bawah tanah pada tahun 1984 dan mencatatkan bacaan 6.8 pada skala Richter.





Punca Sebenar Kekejaman: Kebencian Terhadap Islam


Sebab utama yang membawa kepada penindasan rakyat Turkestan Timur oleh China adalah kerana mereka beragama Islam. Kerajaan komunis China melihat Islam sebagai halangan terbesar untuk mereka memantapkan penguasaan terhadap kawasan tersebut.





China telah menggunakan bermacam-macam bentuk penindasan untuk membuatkan mereka berpaling jauh dari agama. Puncak peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan diktator komunis Mao. Ketika itu, Revolusi Budaya sedang berlaku dari tahun 1966-76. Masjid-masjid diruntuhkan, ibadah secara beramai-ramai diharamkan, pengajaran Al-Quran dihalang, dan rakyat China yang berpindah dibenarkan untuk mengganggu umat Islam. Sekolah-sekolah digunakan untuk menyebarkan propaganda atheis. Segala bentuk komunikasi dikawal untuk membuatkan manusia lari dari agama. Mereka telah dilarang untuk mendengar ceramah-ceramah agama yang menyentuh tentang keimanan, dan pemimpin agama pula dilarang mengajar tentangnya. Namun demikian, di sebalik segala penindasan yang dilakukan, mereka masih berpegang teguh kepada tali Islam.21 





Salah satu cara ugutan dan tekanan yang dilakukan masih terus dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan. Pendidikan universiti di kawasan tersebut telah diberikan kepada rakyat China, dan umat Islam yang belajar di universiti-universiti tersebut hanya membentuk 20 peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah pelajar. Kemelesetan ekonomi turut menjadi faktor halangan yang membawa kepada rendahnya tahap pendidikan yang diterima oleh umat Islam di situ. Sekolah-sekolah yang diajar dalam bahasa China menikmati kemudahan-kemudahan yang canggih. Sebaliknya sekolah-sekolah Uighur berada dalam keadaan serba kekurangan. Pendidikan yang kononnya dianggap bersifat keagamaan yang diajar di sekolah-sekolah sebenarnya didirikan di atas fahaman ateisme.





Peristiwa penukaran abjad sebanyak 4 kali dalam tempoh 30 tahun merupakan sebahagian daripada polisi asimilasi yang ditujukan kepada umat Islam di sana. Meskipun Revolusi Budaya sedang berlaku, Mao tetap tidak mengubah skrip abjad China. Namun Mao menukar abjad Uighur daripada abjad Roman kepada abjad Cyrillic jenis Rusia. Selepas abjad itu digunakan buat beberapa ketika, ia ditukar semula kepada abjad Roman. Walau bagaimanapun, selepas itu ia ditukar menjadi skrip Arab untuk menghalang dari terbentuknya jambatan budaya dengan Turki. Kesannya, generasi-generasi di situ sukar untuk memahami di antara satu sama lain yang mana abjad mereka telah diubah berkali-kali.


Bersambung...........





Harun Yahya

Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top