Asas perjuangan ini adalah pertandingan idea-idea yang mesti dilancarkan untuk menghapuskan segala macam kekejaman, konflik, dan falsafah ateis yang menyediakan asas kepada kekacauan yang berlaku. Di dalam perjuangan ini, asas kepada segala keamanan, keharmonian dan kasih-sayang, iaitu kesedaran manusia, akan digerakkan untuk mengelakkan manusia yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah memberikan khabar gembira sebagai balasan kepada perjuangan tersebut:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa', 21: 18)
Kekejaman yang Diabaikan oleh Dunia
India berupaya melaksanakan polisi durjana yang menindas penduduk Kashmir selama lebih 50 tahun disebabkan oleh sokongan secara nyata dan juga tersembunyi yang diterima dari beberapa golongan di Barat. Umat Islam Kashmir berada di bawah rejim penindas Hindu disebabkan oleh keputusan-keputusan PBB, yang mana ke ba nya kan nya tidak dilaksanakan. Populasi Kashmir dikuasai oleh umat Islam. Perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan sokongan yang diberikan oleh Pakistan telah dilemahkan oleh polisi-polisi berat sebelah oleh beberapa golongan dari Barat.
PERIKATAN ANTI-ISLAM HINDU DAN YAHUDI Sebuah artikel yang bertajuk “Kumpulan-Kumpulan Anti-Islam Bersatu Menerusi Internet” yang diterbitkan di dalam New York Times pada 2 Jun 2001, telah mendedahkan perhubungan di antara Hindu dan Yahudi. Laman web yang dikendalikan oleh puak militan Hindu di Amerika telah ditutup berikutan komplen-komplen yang mengatakan ia memupuk kebencian terhadap Islam dan menyokong keganasan. Namun demikian, beberapa hari kemudian laman web ini telah dibuka semula oleh kumpulan fanatik Yahudi yang tinggal di negara tersebut. Akhbar-akhbar menyebut tentang asas-asas perhubungan tersebut seperti berikut: “Sebuah perikatan yang luar biasa telah membawa dua falsafah agama yang ekstrem daripada bahagian-bahagian dunia yang berbeza, yang sekali pandang, hanya memiliki sedikit persamaan. Namun corak hidup etnik campuran yang rapat di New York telah menjadikan kumpulan-kumpulan Hindu dan Yahudi yang kecil di sana, memahami bahawa perkongsian musuh yang sama sudah cukup untuk membina asas-asas persahabatan. Ikatan anti-Islam mereka sangat kuat... “Kami berjuang untuk perang yang sama,” kata Rohit Vyasmaan, yang menolong mengendalikan laman web Hindu itu, HinduUnity.org, dari rumahnya di Flushing, Queens. |
Ketika beberapa kumpulan di Eropah cuba untuk mengabaikan persoalan di Kashmir semungkin yang boleh, beberapa media Amerika telah melaporkan isu tersebut kepada seluruh komuniti dunia secara subjektif. Kajian yang lebih mendalam menunjukkan bahawa beberapa berita harian Amerika jarang menyentuh tentang isu penganiyaan di Kashmir. Di dalam laporan yang mereka buat sekali-sekala, situasi yang berlaku itu hanya digambarkan sebagai "penindasan yang dilakukan ke atas golongan penderhaka dalaman di beberapa bahagian di India." Sebagai contoh pada 22 Januari 1990, akhbar New York Times telah menyuarakan pandangan yang menuduh Pakistan memberi sokongan kepada puak pemisah Islam di Kashmir yang telah merosakkan kestabilan negara itu dan ini seterusnya menimbulkan kemarahan Pakistan.20 Adalah mudah untuk kita melihat komen-komen yang subjektif seperti ini di dalam media-media Barat.
Tekanan India di kawasan tersebut dan proses asimilasi yang dilakukan telah menjadi semakin getir sejak tahun-tahun ke belakangan ini. Telah wujud "puak fanatik Hindu" yang mana kerajaan India mendakwa tidak mampu untuk mengawalnya. Padahal semua orang tahu bahawa konflik di antara mereka hanyalah palsu dan tidak benar sama-sekali. Pergerakan ini bertujuan untuk menghapuskan kesemua umat Islam Kashmir, seperti mana yang dilakukan dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Masjid Babur Shah.
Bagaimanakah kita dapat menilai situasi yang sedang berlaku ini? Mengapa masih terdapat segelintir golongan yang membiarkan Kashmir terus berada di bawah penindasan India dan juga turut memberikan sokongan kepada puak pengganas dari negara tersebut? Jawapannya ialah kerana banyaknya aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelobi yang anti-Islam. Mereka kadang-kala dapat mempengaruhi dengan hebat sekali corak pengurusan Barat, yang seterusnya mempengaruhi pendirian golongan-golongan prodemokrasi Barat dan juga prokemanusiaan.
Sebagai kesimpulan, umat Islam Kashmir bukan sahaja perlu mempertahankan diri mereka dari India, ataupun kumpulan-kumpulan radikal Hindu, tetapi turut perlu melancarkan peperangan ideologi kepada kumpulan-kumpulan pelobi yang memberikan sokongan di sebalik apa yang sedang berlaku kini.
Kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam nampaknya menjadi dalang utama kepada peningkatan tahap propaganda yang sedang berlaku. Kekejaman yang dihadapi oleh umat Islam Kashmir adalah amat dahsyat. Sepanjang catatan sejarah, propaganda-propaganda yang disebarkan telah menyebabkan rakyat Kashmir digambarkan jauh dari keadaan mereka yang sebenar. Kekejaman dan penderaan yang dikenakan ke atas mereka yang tidak bersalah telah ditutup. Dengan itu, dunia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Cara manusia bertindak seolah-olah laporan-laporan daripada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia tidak pernah wujud sama sekali. Rakyat Kashmir yang menentang penindasan India dan berjuang untuk mendapatkan keamanan di tanah air mereka sendiri, telah digambarkan kepada dunia sebagai "puak pelampau."
Padahal hasrat utama rakyat Kashmir, yang telah dikongkong oleh India lebih dari separuh kurun, hanyalah untuk hidup dengan bertunjangkan agama yang mereka anuti, tidak ditindas hanya kerana mereka beragama Islam, dan memiliki tanah tempat tinggal bagi membolehkan mereka membesarkan anak-anak di dalam keadaan yang aman dan selamat.
Hakikat bahawa umat Islam Kashmir tidak dapat menikmati hak-hak asas mereka dan telah pula didera buat sekian lama telah cukup untuk memberitahu kepada kita semua tentang betapa segera dan pentingnya tindakan menyebarkan moral al-Quran ke serata dunia untuk menentang ateisme dan juga untuk manusia yang berkesedaran mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku kini.
Jelaslah kini, manusia yang betul-betul sedar tidak boleh menutup mata dan telinga mereka sewenang-wenangnya. Pem beritahuan kepada masyarakat awam tentang ketidakadilan yang sedang berlaku dan menerangkan bahawa sebuah kehidupan yang aman dan adil hanya dapat dicapai dengan mengikuti ajaran al-Quran menjadi tugas penting kepada setiap muslimin ketika ini. Adalah menjadi tugas umat Islam juga untuk memberitahu setiap orang-orang yang beriman tentang berita baik pertolongan dari Allah dan juga nasib malang yang akan menimpa jika mereka tidak berhenti dari terus melakukannya. Ayat-ayat di bawah ini dengan jelas menggambarkan perbezaan ganjaran yang akan diterima oleh mereka yang beriman dan mereka yang zalim:
Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari Kiamat), (iaitu) pada hari yang sudah tidak berguna bagi orang-orang yang zalim untuk meminta maaf, dan bagi merekalah laknat dan mereka akan mendapat tempat tinggal yang buruk. (Al-Mu'min, 40: 51-52)
Bersambung......
Harun Yahya
Posting Komentar