Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Kertas undi yang dikeluarkan di pusat pengundian di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Baru, Galas didakwa tidak tercetak lambang parti, dakwa isteri kepada calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

Zainab Jalar - juga seorang pengundi DUN itu - berkata beliau menyedarinya ketika diberikan kertas undi untuk menunaikan tanggungjawabnya, lapor laman web PAS untuk pilihan raya kecil Galas.

"Sebaliknya ia hanya mempunyai nama calon sahaja," kata Zainab seperti dilaporkan laman tersebut.

Ekoran insiden tersebut beliau dilaporkan segera menghubungi jentera pilihan raya PAS bagi memaklumkan perkara itu.

Tindakan itu dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil, tambahnya.

Zainab juga berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pasukan peguam PAS yang berada di unit peti undi Kampung Baru.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof. (
MK) Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top