Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.



hitachi_illuminati


Bagaimanakah Dajjal boleh memaksa manusia menyembahnya? Apakah cara paling berkesan untuk ia menjejaki Imam Mahdi? Bagaimana ia boleh merealisasikan matlamatnya itu?


Persoalan-persoalan sedemikian sentiasa bermain di benak fikiran kita tentanggerak kerja Dajjal pada akhir zaman. Dalam memikirkan hal-hal sedemikian, kebanyakan umat Islam mungkin merasa selesa untuk menghadapi Dajjal kerana dibekalkan hadith-hadith yang membongkarkan tingkahlaku-tingkahlakunya kelak.




Tetapi hakikatnya yang berlaku pada masa sekarang kelihatan Allah mula membongkarkan sedikit demi sedikit cara Dajjal menguasai pemikiran manusia sama ada orang Islam atau sebaliknya. Pembongkaran melalui masa ini membuktikan bahawa perancangan Dajjal tidak sebagaimana yang difikirkan oleh umat Islam sebelum ini.


Sebelum ini, mitos pemikiran umat Islam tentang Dajjal ialah makhluk itu seperti raksasa yang mudah kelihatan, mempunyai bala tentera yang memaksa-maksa orang ramai menyembahnya dan sebagainya. Apabila wujudnya penemuan-penemuan teknologi terkini yang bersangkutan dengan ‘mind-control’ maka ia sedikit sebanyak telah memahamkan umat Islam tentang perancangan Dajjal.


Hitachi dan Cip bersaiz Habuk


Pendedahan daripada Hitachi Corporation tentang teknologi baru yang diperkenalkan baru-baru ini benar-benar ‘melegakan’ para penyiasat konspirasi.Penciptaan cip sebesar habuk (RFID) telah menaikkan taraf bidang ‘siasatan konspirasi’ ke satu level yang bakal ‘mendahului’ bidang-bidang sains sosial lain.


Cip baru ciptaan Hitachi itu merupakan antara yang termaju selain daripadapenciptaan nano robot yang diumumkan mereka di dalam majalah Popular Science tidak lama dulu. Penciptaan cip dengan kuasa 2.5Ghz ini dilihat mampu merealisasikan impian Illuminati untuk mewujudkan satu ‘tracking system’ bersaiz global.


Dalam erti kata lain, penciptaan cip baru ini akan diselindungi dengan gembar-gembur akan kebaikan penciptaannya kepada dunia keselamatan maklumat. Tetapi realitinya di dalam isu konspirasi, penciptaannya sudah pasti mengambil kelebihan afdal di atas kemampuan cip ini untuk mengawal pergerakan manusia.


IBM dan VeriChip Corporation


Video di bawah ini menjelaskan bagaimana IBM dan VeriChip terlibat sebagai agen pelaksana teknologi bagi merealisasikan matlamat New World Order.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top