Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.


Inilah adalah Masjid Al-Shakhrah




Selamat berpuasa buat semua kaum muslimin dan muslimat diseluruh dunia, tidak lupa buat sahabat seperjuangan dan pelayar ke blog Musafirlalu baik dari Malaysia mahupun yang berada diluar negara. Terima kasih diatas segala sokongan anda semua.





Sudah 3 hari saya tidak mampu menulis disebabkan kesihatan yang semakin teruk, biasalah bila dah semakin meningkat usia, sedikit demi sedikit Allah s.w.t. mengambil balik apa yang telah diberikan kepada hambaNya. Dalam 2-3 hari ini sukar sikit untuk bergerak kerana masaalah hati yang semakin kronik. Disini saya ingin mengucap terima kasih diatas doa anda semua dan juga dari blog sahabat yang menghantar mesej.





Apa yang ingin saya kongsikan bersama anda semua ialah berkaitan gambar sebenar Masjid Al-Aqsa yang mana banyak media negara ini dan juga luar negara. Kita sentiasa didedahkan dengan gambar Masjid yang berkubah emas. Itulah cara media yang dikuasai pihak Zionis dengan pertolongan dari media-media negara umat Islam sendiri.





Apabila sebut sahaja Masjid Al-Aqsa, maka dimata dan minda kita akan dibayangkan dengan masjid bersegi lapan dan berkubah emas. Maka tidak dinafikan ramai umat Islam telah ditipu yang mana masjid yang dipaparkan sebagai  Masjid  Al-Aqsa. Sedangkan masjid itu adalah Masjid Al-Shakhrah yang berada tidak jauh dari kedudukan Masjid Al-Aqsa yang sebenar.





Itulah kerja-kerja jahat rejim Zionis dan sekutu-sekutunya melakukan penipuan untuk menganburi umat Islam.


Sedangkan Masjid Al-Aqsa semakin hari semakin banyak kemusnahan yang telah dilakukan oleh rejim Zionis. Sudah banyak terowong-terowong dibina dalam usaha mereka untuk melenyapkan terus Masjid Al-Aqsa secara sistemetik.





Dilaporkan bahawa Masjid Al-Aqsa semakin terhakis hari demi hari kerana banyaknya lorong-lorong dibina disekeliling Masjid Al-Aqsa. Oleh itu harapan saya kepada media massa dan NGO-NGO yang memperjuangkan Masjid Al-Aqsa agar membetulkan kembali gambar yang selalu dipaparkan. Dibawah ini anda boleh melihat dengan jelas antara Masjid Al-Aqsa dan Masjid Al-Shakhrah. 





Buat umat Islam yang ada mengantung gambar masjid berkubah emas yang dikatakan Masjid Al-Aqsa agar dapat memikirkan kembali gambar tersebut supaya kita dan generasi kita diberi gambaran yang betul.  







Gambar sebenar Masjid Al-Aqsa




Masjid Al-Aqsa yang semakin musnah




Antara Masjid Al-Aqsa dengan Masjid Al-Shakhrah




Kedudukkan sebenar antara Masjid Al-Aqsa dengan Masjid Al-Shakhrah
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top