Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat(PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor, menawarkan diri untuk membantu polis menyiasat pendedahan Ahi Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, berhubung tawaran ganjaran lumayan pihak tertentu bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.



Mohamad Ezam berkata, beliau sedia dipanggil pihak polis pada bila-bila masa bagi tujuan itu.



"Pendedahan ini suatu dakwaan serius tapi tidak memeranjatkan kerana semasa saya masih bersama PKR isu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu telah pun berlaku," katanya kepada pemberita, di sini semalam. Mohamad Ezam berkata, beliau pernah meminta pihak yang berkenaan agar mengemukakan bukti dan fakta berhubung isu itu namun diberikan arahan yang berbunyi: "kamu bedallah dulu".



"Saya masih ingat lagi kata-katanya (pihak berkenaan) itu," katanya.



Rabu lalu, Zulkifli yang sebelum ini dipecat daripada PKR mendedahkan pada persidangan Dewan Rakyat bahawa beliau pernah ditawarkan dengan ganjaran yang boleh "menggoncangkan iman" untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya.



Rentetan pendedahan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dilapor berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan akan memanggil Zulkifli bagi menentukan kesahihannya.

Sementara itu, mengulas perkara berlainan Mohamad Ezam menggesa pemimpin PKR yang arif dengan tembelang kepimpinan tertinggi parti tersebut agar tampil dan membuat pendedahan berani seperti yang dilakukan Zulkifli. - Bernama Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top