Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Pelakon Didie Alias Disaman Sebanyak RM400,000



Penerbit drama dan filem, Datuk Rafena Ezanee Ramli telah menfailkan saman terhadap pelakon popular, Didie Alias atas dakwaan pelanggaran kontrak dan mengaibkannya menerusi media sosial.

Hakim menetapkan tarikh 14 November yang akan berlangsung selama empat hari ketika kes berkenaan disebut dihadapannya di dalam kamar hakim.

Rafena Ezanee dan Didie Alias kedua-duanya dilihat hadir ke mahkamah bersama peguam masing-masing.

Melalui saman yang difailkan oleh Rafena dan juga syarikat penerbitannya, Dark Wave Pictures Sdn. Bhd. (Dark Wave) pada 21 Mac lalu, kedua-duanya menamakan Didie Alias sebagai defendan.

Kedua-dua plaintif da-lam pernyataan tuntutan saman tersebut menyatakan defendan merupakan penerbit eksekutif bagi satu rancangan travelog Street Food Asian sebanyak 13 episod yang merupakan program terbitan Dark Wave.

Dalam penyataan tuntutan saman itu, pihak dari Rafena telah mendakwa Didie Alias telah menerima RM7,000 untuk melakukan kerja-kerja penerbitan travelog itu.

Namun, Didie Alis dikatakan telah sengaja, cuai dan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut seperti mana termaktub dalam perjanjian yang dimeterai pada 7 Oktober tahun lalu.

Ini telah menyebabkan kedua-dua pihak mengalami kerugian.

Sumber: Kosmo

Sumber Pelakon Didie Alias Disaman Sebanyak RM400,000..Jom Baca Puncanya Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top