Selepas diisytihar sebagai pemilik bangunan besar di Kanada, kini Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden Pesaka Bumiputra Bersatu, Pehin Sri Hj. Taib Mahmud heboh sebagai pemilik bangunan yang menempatkan pejabat-pejabat FBI (Federal Bureau of Investigations) di Seatle, Amerika Syarikat oleh pembangkang di Sarawak.
Di bangunan setinggi 11 tingkat inilah tempat letaknya salah satu ibupejabat FBI yang merupakan pusat risikan khas agensi kerajaan dan juga pejabat pentadbiran hal-ehwal keselamatan berprofil tinggi di negara tersebut.
Bangunan itu dikatakan dimiliki oleh Sean Murray (menantu Taib Mahmud) dan anak lelaki Ketua Menteri sendiri (Sulaiman Abd Rahman Taib) melalui Wallysons Inc’s iaitu syarikat yang beribu pejabat di Washington.
Panas!!! Sekarang dalam genggaman Kerajaan Negeri Sarawak?
Sumber cerita dipetik daripada laman Sarawak Report mendedahkan beberapa salinan dokumen yang meletakkan Rahman Taib kononnya sebagai pemilik tetap bangunan tersebut berikut melalui pegangan saham...
sumber: Sarawak Raport.com
Pendedahan yang membingungkan
Daripada cerita dan pendedahan salinan dokumen nampak cukup meyakinkan. Masalahnya benarkah ‘intelligent agency’ Amerika Syarikat itu yang cukup terkenal dengan kawalan keselamatan dalam negaranya tiba-tiba bertindak cuai sehingga tidak perasan bahawa bangunan yang menempatkan segala rahsia negara mereka sebenarnya milik seorang pemimpin daripada negara lain???
Rajahmas tidak pasti daripada mana sumber dokumen, bagaimanapun berdasarkan apa yang disebutkan ia menunjukkan Wallyson inc’ seperti disahkah oleh tandatangan ‘Rahman Taib’ pada Sept 1991. Lihat pada pampangan dokumen,
Bukti Sakti Inc' dikaitkan dengan Syarikat Wallyson kononnya milik Taib Mahmud bertarikh 6 Feb 2007.
Kandungan pada tahun 1991 yang ada nama dan tandatangan Rahman Taib. Dokumen pemilikan apakah yang dijelaskan ini?
Bermakna selepas 20 tahun, kita dikejutkan dengan pemilikan bangunan itu oleh Pehin Sri Taib Mahmud dan tahap keselamatan rahsia Amerika ditempatkan sekaligus menunjukkan kepada dunia betapa bodohnya FBI…
Hebat sungguh lakaran berita Sarawak Report…
Jika kita dibayangi oleh pemilikan besar-besaran aset oleh keluarga Pehin Sri Taib Mahmud daripada UK, Kanada, Australia dan sekarang Amerika Syarikat, beliau adalah antara keluarga pemimpin yang paling kaya di dunia mengalahkan Sultan Brunei dan Raja Arab Saudi.
Jadi untuk apa bersusah payah menjadi Ketua Menteri semata-mata hendak merampas tanah NCR, meroboh rumah panjang, menghidupkan kroni dan sebagainya?
Kesudahan cerita
Usahkan Rajahmas nak percaya, hujung pangkal cerita bagaimana boleh berlaku pun tidak dapat nak dibayangkan. Bagaimanapun disyorkan kepada pembangkang khususnya PKR untuk memperbesar-besarkan berita ini biar rakyat dunia tahu betapa besarnya kuasa seorang yang bergelar Ketua Menteri Sarawak.
Jika APCO milik Yahudi di Amerika diuar-uarkan menyelinap ke Putra Jaya untuk mengintip rahsia kerajaan kita, sekurang-kurangnya Pehin Sri Taib Mahmud berkuasa mengintip rahsia hal-ehwal keselamatan di Amerika Syarikat pula. Betulkan?
Pesan Rajahmas, jika anda penyokong pembangkang maka ubahlah plot cerita di atas supaya nampak lebih logik sedikit, kerana tidak semua rakyat mudah dikelirukan dan diperbodoh-bodohkan semata-mata demi mendapatkan kepimpinan cara baru Pakatan Rakyat.
(Rajahmas)
Posting Komentar