Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca. Datuk Seri Najib Razak berkata calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa, berhak mendapat peluang kedua kerana beliau sudah menerima hukuman atas kesalahan disiplin parti yang dilakukan sebelum ini.



Perdana Menteri berkata, Isa juga membuktikan beliau terus setia kepada parti.



"Paling penting BN memilih beliau kerana beliau boleh bekerja dengan berkesan, popular dan rakyat mahukan dia," katanya kepada sekumpulan pelajar Malaysia di Perancis dalam satu pertemuan di sini malam tadi. 






Ulasan Musafirlalu...........



Betapa mudahnya Najib mempertaruhkan nasib penduduk Bagan Pinang kepada calon yang telah terbukti melakukan rasuah. Sedangkan Isa belum lagi diadili oleh mahkamah tentang kesalahannya itu.



Najib juga mempermain-mainkan undang-undang dengan tidak menghadapkan kes Isa kepada SPRM. Beliau meletakkan Lembaga Displin Umno lebih berkuasa daripada SPRM (dahulu SPR).



Itulah sikap bermuka-muka Umno dalam menghadapi rakyat, bagaikan pijak semut pun tidak mati. Inilah masanya rakyat menghukum Isa setelah SPRM tidak melakukan apa-apa pendakwaan terhadapnya.



Biar rakyat Bagan Pinang sendiri yang menjadi hakim setelah SPRM menjadi ahli sekutu Barisan Nasional. Rakyat yang menaikkan karier politiknya, dan rakyat juga yang akan menamatkan kerier politiknya.



Semasa beliau menjadi Meneteri Besar Negeri Sembilan, apakah jasa yang telah beliau curahkan kepada penduduk Teluk Kemang. Apakah beliau mengira rakyat Negeri Sembilan lupa bagaimana beliau telah memperlekehkan kuasa Majlis Agama Negeri Sembilan.



Hanya kerana ingin membantu pemimpin Umno  yang ditangkap khalwat, pegawai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang menjadi mangsanya. Apakah calon seperti patut diberi peluang kedua seperti yang disarankan oleh kawan yang termakan budi beliau.



Bagi penduduk Bagan Pinang, mereka telah diberikan calon yang bersih dan tidak tercalar dengan rasuah berbanding dengan calon Umno yang diketahui umum mengamalkan politik wang.





Maka bersama-samalah kita menolak  calon  korup yang ditampilkan oleh Umno-Bn kerana ini semua adalah untuk masa depan anak cucu kita. Negara akan menjadi baik dan rakyat akan bahagia apabila pemimpin yang kita pilih adalah orang beragama dan berakhlak mulia.



Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top