Update Terbaru BLUE.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

Roberto Carlos

BEKAS pemain bola sepak Brazil dan Real Madrid, Roberto Carlos dijatuhi hukuman penjara kerana gagal membayar nafkah anak, lapor agensi berita China Xinhua.

Hakim sebuah mahkamah keluarga di sini, mendapati Carlos, 44, gagal melunaskan pembayaran nafkah sebanyak 61,000 reais (kira-kira US$20,000) kepada bekas isteri, Barbara Thurler.

Bekas pemain sensasi itu mempunyai sembilan anak, dua daripadanya hasil perkongsian hidup dengan Thurler.

Hakim Mayane de Castro berkata, keluarga bekas isteri menolak cadangan Carlos untuk membayar jumlah tunggakan secara ansuran.

Bagaimanapun menurut peguam Fernando Pittner yang mewakli Carlos, perkara itu boleh diselesaikan tanpa memerlukan anak guamnya masuk penjara.

Carlos, yang pernah beraksi sebanyak 125 kali dengan pasukan kebangsaan Brazil, kini menetap di Sepanyol dan menjadi duta untuk kelab bola sepak Real Madrid.- Bernama

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Roberto Carlos dihukum penjara kerana gagal bayar nafkah anak Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . BLUE.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Posting Komentar

 
Top